
Salam Jumaat semua, hari nie saya ada 3 tempahan untuk kek buah dah kek oren. Malam tadi dok menunggu kek masak,sampai kul 2 pagi. Nie tengah ngantuk la nie, kalau layan mata ni mau jugak lelap, tapi layan blog lagi bagus.Pagi tadi masak macaroni goreng untuk Khalida, habis 2 mangkuk dia makan. Nak masak untuk anak nie bukannya senang, kena cukup rasa, kalau x sedap dia x nak makan. Tapi aper pun, selera makan anak jangan dihalang.
Kek Buah
Kek buah ni bukan semua orang suka, ada sesetengah je yang suka. Nak buat pun kena ada cara dia, bukan main hantam je, nanti buah dia mendap. Kek ni sesuai sangat untuk hari raya, bagi hamper kat kawan. Tapi saya x buat hamper, tangan ni kejang sikit bab deco-deco ni. Tak reti.
Kek oren untuk tempahan
Kek oren ni saya guna satu biji oren, dari kulit sampai ke juice nye. Tue yang buat kek nie wangi sangat. Resepinye pula first time buat, berminyak sangat, then keras pulak. Empat kali jugak saya berhempas -pulas membega kek oren ni, baru boleh menepati citarasa.
Kek Pandan Kelapa
Kek ni projek ahad lepas, gebus sangat dan wangi bau pandan. Saya letak kelapa kering, so bila makan tergigit kelapa sikit, sedap. Banyak jugak dapat satu adunan, x boleh nak habiskan, bagi kat jiran sikit. Jiran pun dah boring saya asyik bagi kuih je kat diorang. Seronok bagi jiran-jiran makanan,bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima hi..hi..hi.
No comments:
Post a Comment