Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri

Salam raya buat semua saya ucapkan, semoga sihat, jangan sakit-sakit. Makan jangan banyak sangat, nanti semput pulak nak bernafas. Minum air gula kurang-kurangkan, kang naik berat badan, kita sendiri yang susah.

Lama sangat saya x update blog, memang sibuk sangat, baru hari ni dapat on komputer. First raya saya beraya di kampung, Hulu Langat. Then, on the second day beraya di Perak. Ni dia gambar my family di pagi raya.



Bagi sesiapa nak buat tempahan kuih, biskut, kek, tempahan dah dibuka semula. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya.

Monday, August 24, 2009

Yummy...yummy

Selamat berpuasa semua. Semalam mak mertua datang, kena la buat spesel sikit untuk berbuka. So saya masak nasi beriani, ayam masak merah, acar timun and gorengla sikit papedam (betul ke spelling nie). For desert saya buat Puding Castard Caramel...Mmmm sedap makan sejuk-sejuk, lega anak tekak. Ni dia puding ku..





Puding ni x pakai telur, so sesiapa yang takut nak makan puding telur yang sampai 10 biji tu, ni la penggantinya. Rasanya lemak-lemak manis gitu. Family semua suka. Haa... tengokla Khalida makan, berselera.



Friday, August 21, 2009

Simply Nice

Salam semua, sejak akhir sibuk sikit dengan anak sakit, tempahan kuih and dengan nak prepare for raya lagi. Tapi semua berjalan lancar. Alhamdulillah.....Anyway, last week saya dok menggentel Blueberry Cheese Tart untuk tempahan. Kalau nak order untuk open house or untuk makan2 bolehla.


Nie pula tempahan Kek Pandan Kelapa.


Projek dengan my baby princess, nak bagi dekat jiran yang buat kenduri doa selamat sabtu lepas. Cupcake Chocolate.


Kalau dah projek dengan anak..ha...ni jadinya. Ada yang gemuk ,kurus, montel, kecut pun ada. Paper cup pulak terpakai yang besar, Mmmmmm....berkerepot la cupcake ku. Tapi yang penting dapat pujian, sedap..lega sikit.

Friday, July 31, 2009

BISKUT RAYA

Wah..wah..wah.. nampaknya demam raya dah mula nih. Sampel kuih raya pun i dah buat. Tahun nie i buat 2 jenis kuih jer, Chocolate Chip Cookies dan Tart Nenas. Kalau nak tempah kena la cepat, nanti kaunter tutup.




Tart Nenas


Chic Chip Cookies


Tak payang tunggu raya, nak tempah sekarang pun boleh, untuk makan-makan. Kalau beli banyak boleh dapat diskaun. Ha... apa lagi tunggu...mari..mari..mari.

Monday, July 27, 2009

What to do...

Salam semua... hari ni saya terlebih rajin la pulak, dari duduk jer elok masak kan. Perut kenyang, hati senang, hidup pun riang. Hi..hi..hi..Tadi belek-belek buku resepi ada yang saya belum try lagi rupanya. Ha... nie dia cake mudah, sedap, gebu and wangi. Bau cinnamon.





Apple Cinnamon Upside Down Cake


Nie pulak chocolate chip cookies. Memang sodap sungguh rasanya.Macam ala-ala Famous Amos gitu. Tapi x la rasa sebijik, kang bankrup plak Famous Amos, Srimanis Delight dah amik alih yek..Kuak..kuakk. Kalau nak rasa, jangan la malu, jangan la segan, kena la tempah dulu. Ha.ha.





Wednesday, July 15, 2009

DARI HATI KE HATI



HARI-HARI YANG MANIS

Salam Jumaat semua, hari nie saya ada 3 tempahan untuk kek buah dah kek oren. Malam tadi dok menunggu kek masak,sampai kul 2 pagi. Nie tengah ngantuk la nie, kalau layan mata ni mau jugak lelap, tapi layan blog lagi bagus.Pagi tadi masak macaroni goreng untuk Khalida, habis 2 mangkuk dia makan. Nak masak untuk anak nie bukannya senang, kena cukup rasa, kalau x sedap dia x nak makan. Tapi aper pun, selera makan anak jangan dihalang.




Kek Buah

Kek buah ni bukan semua orang suka, ada sesetengah je yang suka. Nak buat pun kena ada cara dia, bukan main hantam je, nanti buah dia mendap. Kek ni sesuai sangat untuk hari raya, bagi hamper kat kawan. Tapi saya x buat hamper, tangan ni kejang sikit bab deco-deco ni. Tak reti.



Kek oren untuk tempahan

Kek oren ni saya guna satu biji oren, dari kulit sampai ke juice nye. Tue yang buat kek nie wangi sangat. Resepinye pula first time buat, berminyak sangat, then keras pulak. Empat kali jugak saya berhempas -pulas membega kek oren ni, baru boleh menepati citarasa.





Kek Pandan Kelapa

Kek ni projek ahad lepas, gebus sangat dan wangi bau pandan. Saya letak kelapa kering, so bila makan tergigit kelapa sikit, sedap. Banyak jugak dapat satu adunan, x boleh nak habiskan, bagi kat jiran sikit. Jiran pun dah boring saya asyik bagi kuih je kat diorang. Seronok bagi jiran-jiran makanan,bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima hi..hi..hi.

Friday, July 10, 2009

TEMPAHAN

TEMPAHAN

Untuk tempahan pelbagai jenis kuih-muih, kek, biskut dan puding.

Sesuai untuk tempahan majlis hari jadi, rumah terbuka, jamuan dll.




KUIH-MUIH
Kuih Bakar, Kuih Kek Gula Hangus, Cream Puff, Blueberry Cheese Tart, Apam Marmar,
Egg Tart, Apam Gula Melaka, dll


KEK
Kek Buah, Kek Butter, Kek Oren, Kek Badam, Kek Coklat, Kek Pisang, Kek Marble, Kek Pandan Kelapa, Cupcake Vanilla, Cupcake Pandan, Cupcake Chocolate, dll


BISKUT
Chocolate Chip Cookies, Chocolate Chip with Almond, Butter Cookies, Coconut Oatmeal Cookies,
Raisin Cookies, Tart Nenas, dll


PUDING
Puding Caremel, Puding Caramel Castard, Puding Pelangi, Puding Coklat, Puding Castard
Jagung, Dadih.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Zatil
(012-3100395)
srimanisdelight@gmail.com